THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?

Saturday, May 16, 2009

Asal usul Ulek Mayang


Tarian Ulit Mayang sejenis tarian yang berunsurkan pemujaan. Dipercayai telah wujud pada zaman pemerintahan Sultan Umar. Seni budaya ini dianggap sebagai satu khazanah budaya Terengganu yang cuba dipertahankan sehingga kini. Adalah difahamkan tarian ini merupakan satu permainan tradisi masyarakat melayu Terengganu yang tinggal di persisiran pantai negeri Terengganu. Ia juga dikatakan berasal dari Tanah Seberang iaitu Kepulauan Jawa.Ulit atau ulek adalah merujuk kepada berdondang atau mengulit-ngulit yang membawa makna menyeru-nyeru dengan nama memujuk-mujuk supaya kembali semula dan datang semula merujuk kepada makhluk halus.Ditarikan secara beramai-ramai antara 10 hingga 15 orang dalam bentuk bulatan untuk memuja Tuan Puteri Tujuh beradik. Ia biasanya diadakan pada waktu malam.Kampung yang masih giat memperkembangkan kesenian ini ialah Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan Mayang Pinang. Mayang dibangkitkan semangat dan asalnya.Ketika persembahan ini berlangsung pemain-pemain sambil diiringi dengan seloka dan pantun oleh rakan-rakan yang lain. Persembahan ini dimainkan beramai-ramai dengan membuat bulatan dan pemegang duduk di tengah-tengah dan tidak ada muzik yang mengiringi persembahan ini. Biasanya yang mengambil bahagian dalam persembahan ini berumur dalam lingkungan 15 hingga 40 tahun.Persembahan Ulit Mayang yang dimainkan untuk bersuka-suka sahaja, melambangkan suatu pemujaan yang mendalam terhadap Tuan Puteri Tujuh Beradik. Persembahan dimulakan dengan membaca doa dan membangkitkan asal Mayang. Mayang yang digunakan dalam persembahan ini diasap kemenyan dan disapu minyak kelapa terlebih dahulu. Doa dan bangkitan dilakukan untuk memohon perlindungan agar orang yang mengambil bahagian tidak ditimpa apa-apa kemalangan.



Lirik Lagu Ulek Mayang


Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulekUlek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulekUlek dengan jala jemala
Ulek mayang diulekUlek dengan puterinya dua


Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok m ayang diumbok
Umbok dengan jala jemalaNok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh


Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselen dang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik kedarat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih


Lagu Ulek Mayang



MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

7 ulasan:

mayang said...

kepada sesiapa lihat blog ini sila tinggalkan ulasan....

Anonymous said...

i like ulik mayang...=)

Atha ali said...

boleh ceritakan lebih terperinci x pasal 'pemujaan' dengan 'doa'...??

Anonymous said...

salam... saya juga berminat nak tau lebih lanjut pasal ulek mayang ni... selalu dapat yang basic info jer... mane nak dapat info pasal ulek mayang ni ye? please advise

idah rahaman said...

lagu ulit mayang nie,, yg ori punye ori,, xde hujung,, ad puteri 1 sampai tujuh,,

iffah said...

admin bley x trg dgn teperinci lagi sy sbenarnya kyrg fham sikit ...

Muhammad Hanis said...

boleh bagi x lirik asal lagu ni sebelum diubah menjadi musik...klau tuan hamba tahu..